HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 September 2018

KRITIKAN SEBAT PANDANGAN PERIBADI KJ



Kenyataan tidak senang bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkaitan pelaksanaan hukuman sebat di Terengganu yang dilakukan di khalayak ramai hanyalah pandangan peribadi beliau.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pandangan Khairy tidak mewakili parti kerana ia dibuat tanpa melibatkan keputusan majlis tertinggi UMNO.

“Kalau pandangan parti mesti diputuskan oleh mesyuarat majlis tertinggi sekurang-kurangnya mesyuarat pengurusan UMNO.

“Jadi sesiapa yang beri pandangan selain daripada keputusan daripada majlis tertinggi dan juga pengurusan UMNO, itu adalah pandangan peribadi,” katanya lapor media di Bilik Operasi Induk PRK Seri Setia di Shah Alam pada Khamis.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman sebat sebanyak enam kali terhadap dua wanita disyaki lesbian kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun pada pukul 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Sehubungan dengan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia dibuat secara terbuka di khalayak awam.

Menurutnya, masih banyak kaedah lain bagi menyelesaikan masalah lesbian, gay, biseksual dan transgender di negara ini.


Tiada ulasan: