Orang Melayu terus menerima penghinaan dan kecaman daripada pemimpin negara pada sambutan sempena ulang tahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu di negara ini pemalas kerana kurang berusaha, suka ponteng kerja tetapi mengharapkan gaji yang tinggi tidak suka mencari ilmu.
Malah katanya, selain memiliki sifat pemalas orang Melayu di negara ini juga katanya tidak amanah.
Mahathir berkata, setiap orang Melayu perlu berani mengaku kesalahan untuk melangkah ke hadapan dan memperbetul kesilapan supaya mendapat nikmat oleh Allah SWT.
“Tanpa izin saya berani mendakwa kita malas. Kita lebih suka serah kerja kepada orang lain. Hari ini kita dapati ramai orang asing datang bekerja di negara kita. Kenapa? Kerana kita tidak sanggup bekerja.
“Pergilah ke tempat kerja dan kita tidak akan bertemu dengan pekerja kita.Ya, memang kerja itu berat. Mungkin kotor dan berbahaya. Kita cuma cari kerja yang ringan, di kilang berhawa dingin.
Tetapi di situ pun daya keluaran atau produktiviti kita rendah,” katanya ketika berucap di Shah Alam, Sabtu malam.
Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, sikap orang Melayu yang tidak amanah kerana sukar membayar hutang menyebabkan mereka yang lain tidak dapat kepercayaan untuk membuat pinjaman.
Katanya, bank sukar untuk memberi pinjaman kepada orang Melayu kerana sedar akan kesukaran bagi tujuan pembayaran balik pinjaman dan ini menjadikan orang Melayu susah untuk mendapatkan modal perniagaan.
“Walau apapun alasan yang diberi, hakikatnya kita tidak bayar hutang. Bagi kita ini perkara kecil. Tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita. Orang tidak suka
bagi pinjaman kepada kita.
“Bank tidak sanggup memberi hutang kepada orang Melayu kerana percaya mereka tidak akan bayar. Maka bermasalahlah peniaga Melayu, sukar untuk meminjam modal.
“Budaya, nilai hidup, sifat yang baik dikatakan baik kerana ia baik bagi kita. Kita akan berjaya jika kita miliki dan amal nilai-nilai yang baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan