THE MALAYSIAN TIMES
PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson bagi membolehkan Presiden PKR itu kembali ke Parlimen.
Pengumuman itu dibuat Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal
Balagopal Abdullah dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR di
sini, hari ini.
Danyal berkata keputusan itu dibuat bagi membantu Anwar dalam usahanya kembali sebagai seorang Anggota Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan.
“Saya yakin Anwar akan memenangi kerusi itu dengan mudah dan seterusnya menjadi Anggota Parlimen Port Dickson dan Insya-Allah, akhirnya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.
“Oleh yang demikian, saya dengan ini mengisytiharkan peletakan jawatan saya sebagai Anggota Parlimen Malaysia berkuat kuasa serta-merta. Saya telah mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Anggota Parlimen itu kepada Speaker Dewan Rakyat awal hari ini,” katanya kepada pemberita.
Turut hadir pada sidang akhbar khas itu ialah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bekas Anggota Parlimen Pandan dan pengasas pertubuhan bukan kerajaan Invoke Rafizi Ramli, Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Anggota Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.
Sementara itu, ditanya sama ada Danyal diberikan imbuhan kerana mengosongkan kerusinya, Saifuddin berkata tiada apa-apa imbuhan diberikan.

“Tak ada langsung, itulah indahnya jadi anggota PKR, kita tidak langsung memikirkan hal seperti itu,” kata beliau.
Menurut Danyal, beliau pertama kali membincangkan niatnya untuk mengosongkan kerusi dengan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang berterima kasih kepadanya atas pengorbanannya kepada parti dan negara.
Beliau juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Saifuddin dan Anwar sendiri yang tersentuh dengan tawaran beliau itu.
“Lewat malam tadi saya dimaklumkan oleh Rafizi bahawa setelah dibincangkan oleh kepimpinan, Anwar bersetuju menerima tawaran saya dan memilih Port Dickson sebagai kawasan Parlimen untuk beliau bertanding,” katanya.
Danyal juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi dan penyokong yang telah mengundinya pada pilihan raya umum lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Danyal memenangi kerusi Port Dickson dengan majoriti selesa 17, 710 undi.
Danyal memperoleh 36,225 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional V.S. Mogan (18,515 undi) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594 undi).

Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional (BN)
Negeri Sembilan yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO , Datuk Seri
Mohamad Hasan berharap anak tempatan dipilih menjadi calon sekiranya BN bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Menurutnya, secara peribadi beliau beranggapan
calon anak tempatan wajar diberi peluang berdepan Presiden PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim di kerusi tersebut.
Beliau
berkata, bagaimanapun Majlis Tertinggi BN akan meneliti dan berbincang
terlebih dahulu sama ada meletakkan calon dalam PRK yang akan diadakan
kelak.
“Jika BN bertanding di kerusi itu, pandangan
daripada badan perhubungan UMNO negeri dan bahagian akan diambil kira
sebelum memutuskan siapa yang layak mewakili BN,” katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya kemungkinan dipilih
sebagai calon di Port Dickson, Mohamad berkata, beliau mahu memberi
tumpuan kepada kes petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau
terlebih dulu.
“Saya akan tumpukan perhatian saya untuk DUN Rantau jika mahkamah putuskan perlu ada PRK di kawasan itu,” katanya.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, bekas Menteri
Besar itu menang tanpa bertanding kerusi DUN tersebut namun calon PKR,
Dr. S. Streram memfailkan petisyen memohon pembatalan keputusan
berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan