Polis percaya motif kes bakar kereta Mufti Perlis bersifat peribadi
KANGAR – Kira-kira 30 pendatang asing tanpa izin (PATI),
pelarian Rohingya dikesan di perairan antarabangsa, dipercayai menuju ke negara
ini.
Ketua Polis Perlis, Datuk
Noor Mushar Mohamad berkata, pergerakan kumpulan terbabit dikesan oleh pihak
berkuasa Thailand.
Polis Perlis akan
bekerjasama dengan agensi keselamatan Thailand berhubung kes pendaratan
pelarian Rohingya di pantai Perlis, katanya kepada pemberita selepas Program
Derma Darah Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.
Awal bulan ini, pihak
berkuasa menahan 37 pelarian Rohingya yang mendarat di pantai Perlis.
Sementara itu, Noor Mushar
berkata , polis percaya motif kes bakar kereta Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri
Zainul Abidin adalah bersifat peribadi di antara suspek dan mangsa.
Bulan lalu, kereta rasmi
Dr Mohd Asri dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan
dipecahkan dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan,
Kangar.
Polis sedang menjalankan
siasatan lanjut berhubung kes ini, katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan