ISMA WEB
Tabung Haji terus alami kerugian jika kekal di bawah BN: Mat Sabu
SEREMBAN
– “Audit yang diisytihar tahun 2018 lalu bohong saja,” kata Menteri Pertahanan,
Mohamad Sabu, ketika mengulas isu dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) yang lewat diisytiharkan.
Lebih
dikenali sebagai Mat Sabu, beliau yang juga Presiden PAN menjangkakan laporan
audit khas LTAT akan diisytihar dalam tempoh terdekat.
“Audit
yang diisytihar tahun 2018 dulu bohong. Siapa dalam tabung angkatan tentera?
Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh
Cina.
“Sampai
bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu,”
katanya ketika berceramah di Kampung Mambau di sini pada siri kempen Pilihan
Raya Kecil (PRK) Rantau, malam tadi.
Sementara
itu, Bernama melaporkan Mat Sabu berkata, Lembaga Tabung Haji akan terus
mengalami kerugian yang teruk jika ia masih di bawah pentadbiran kerajaan
terdahulu.
Beliau
berkata, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), isu kelemahan tadbir urus
kewangan yang membelenggu TH sebelum ini telah dan sedang diatasi.
Sehubungan
itu, beliau mengingatkan pengundi supaya jangan termakan dakyah dan fitnah
daripada pembangkang kononnya TH diuruskan oleh DAP.
Mohamad
berkata, di bawah kerajaan PH, bukan sahaja orang Melayu dibela bahkan semua
kaum di negara ini turut terbela, dan tuduhan pembangkang kononnya keistimewaan
yang dinikmati kaum Melayu akan terhakis adalah tidak benar.
Beliau
berkata, UMNO dan PAS memainkan sentimen perkauman untuk menarik orang Melayu
dengan mendakwa PH dikuasai oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim
Guan Eng yang juga Menteri Kewangan.
Dalam
pada itu, Mohamad menyeru pengundi DUN Rantau, khususnya orang Melayu tidak
mempercayai momokkan bahawa nasib mereka tidak terbela di bawah PH, dan menyokong
calon PH bagi kelestarian kehidupan dan kawasan berkenaan.
PRK
DUN Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat
penjuru antara calon PH, Dr Streraml calon Barisan Nasional yang juga bekas
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, serta dua calon Bebas
iaitu suri rumah, R Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan