Ketua Polis Negara (IGP) Mohamad Fuzi Harun perlu digantung
tugas serta-merta kerana tuduhan salah laku dalam pasukan polis mengenai
kes kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat,
gesa NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Dalam satu kenyataan semalam, pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy tidak bersetuju dengan pengumuman perdana menteri dan keputusan membenarkan Fuzi kekal bertugas sebagai ketua polis negara sehingga beliau bersara.
"Dengan
dakwaan yang sebegitu teruk terhadap pasukan polis, khususnya Cawangan
Khas, maka orang yang menjaga Cawangan Khas pada masa itu, yang kini
seorang ketua polis negara, tidak boleh terus berkhidmat dalam PDRM.
Menurut Doraisamy lagi polis telah "jelas gagal" dalam tugasnya untuk menyiasat kes kehilangan Koh dan Amri, serta dua lagi individu, pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth.
'Peluang yang cukup'
Doraisamy
menjelaskan polis telah diberikan "peluang yang mencukupi untuk
memberikan keterangan yang memadai" bagi membantah tuduhan dan bukti
yang dikemukakan sepanjang siasatan itu dan tiada pihak yang boleh
mengatakan dapatan siasatan berkenaan hanya sekadar khabar angin.
Doraisamy berkata Fuzi mesti bertanggungjawab untuk menghantar mesej yang jelas kepada semua penjawat awam bahawa mereka bertanggungjawab atas sebarang salah laku atau pengabaian tugas.
Pada hari Rabu, Suhakam
mendedahkan penemuannya mengenai siasatan yang diadakan terhadap kes
kehilangan paksa Koh dan Amri, masing-masing pada 2016 dan 2017.
Pada masa kejadian tersebut berlaku, Fuzi mengetuai Cawangan Khas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan