Wartawan veteran A Kadir Jasin menasihati Adun Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal yang hari ini dilantik menjadi menteri besar Johor yang baru "berguru" dengan bekas menteri besar, Osman Sapian.
Jelas Kadir, Sahruddin perlu belajar dari Osman faktor yang menyebabkannya menjadi menteri besar yang paling singkat.
“Beliau (Sahruddin) tidak perlu diingatkan bahawa beliau mengambil alih daripada seorang menteri besar yang paling singkat tempoh perkhidmatannya.
“Saya cadangkan beliau “berguru” dengan bekas menteri besar, Osman Sapian, tentang mengapa tempoh perkhidmatannya begitu singkat,” kata Kadir dalam tulisan di blognya.
Penasihat
media dan komunikasi kepada perdana menteri itu juga berkata Shahruddin
tidak perlu diingatkan aspirasi rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PH)
menjadi kerajaan di negeri kelahiran Umno pada 9 Mei lalu.
"Cuma
saya ingin segarkan ingatan beliau kepada hakikat bahawa majoriti
rakyat Johor menolak Umno BN walaupun Istana Johor secara terbuka
memihak dalam pilihan raya umum itu.
Tak boleh berdiam diri
“Tidak ada ucapan tahniah buat Dr Sahruddin yang mengangkat sumpah menjadi menteri besar Johor sebentar tadi. Sebaliknya saya ucapkan selamat maju jaya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat jelata Johor.
“Kalau beliau kekal dan berjaya menunaikan tanggungjawab kepada rakyat jelata dan memenuhi aspirasi mereka barulah beliau layak menerima ucapan tahniah,” katanya lagi.

Selain itu, Kadir turut menasihati Sahruddin bahawa selepas memegang jawatan menteri besar, dia tidak boleh lagi kurang bercakap atau mengikut orang lain.
“[...] Beliau mesti berani dan tegas. Saya harap anggota Exco, Adun dan pemimpin parti beri sokongan dan tunjuk ajar kepada beliau dan serentak itu memantau prestasi beliau.
“Kita akan ukur dan beri penarafan kepada beliau mengikut piawaian rakyat kerana beliau dipilih dan dibagi amanah oleh rakyat,” katanya lagi.
Pada 9 April lalu, selepas Osman dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Dr Mahathir, Kadir turut membuat satu hantaran di blognya yang menyatakan beliau ‘tidak akan bersimpati’ dengan Osman.
Biarpun mengakui kenyataannya itu sebagai ‘kejam’, Kadir berpendapat terpaksa bersikap seperti itu kepada individu tertentu demi kebaikan majoriti.
Sahruddin mengangkat sumpah di depan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pagi tadi.
Dia sebelum ini berkhidmat sebagai exco kesihatan, alam sekitar dan pertanian menjadi menteri besar ke-17 bagi menggantikan Osman yang meletak jawatan pada 8 April lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan