
CYBERJAYA: Dr Mahathir Mohamad berkata, kereta api ialah pengangkutan pilihan bagi masa depan Malaysia yang bergelut masalah kesesakan lalu lintas setiap hari disebabkan pertambahan kenderaan di jalan raya.
“Sebelum ini, kereta api tidak laju dan bukan pengangkutan biasa bagi rakyat. Sekarang, kereta sudah bertambah sehingga tahap kita berdepan kesesakan.
“Jawapan jelas sebagai pengganti ialah sistem kereta api yang lebih laju kerana tiada papan tanda henti-lihat-gerak, hanya tanda isyarat,” katanya selepas Rundingan Teknologi Tinggi bagi Kumpulan Kerajaan-Industri Malaysia di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan