HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 April 2019

Manifesto saya tunggulah… mungkin dalam sehari dua lagi – Streram

Kumara Sabapatty
Streram
Calon PH, Dr. S. Streram (kiri) berbual mesra dengan seorang pengundi Cina ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL
 

SEREMBAN – Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau sudah memasuki hari keenam.

Bagaimanapun Calon Pakatan Harapan (PH) Dr. S. Streram belum memberi sebarang petanda mengenai pelancaran manifesto beliau.

Beliau berkata, manifesto sedang dirangka oleh jentera khas Pakatran Harapan peringkat negeri dan pusat.

“Manifesto.. tunggulah..saya tahu sudah mahu tujuh hari dan faham apa kita mahu buat. Mungkin esok atau hari seterusnya.

“Biar saya semak nanti,” kata beliau ketika ditemui selepas perjumpaan dengan ahli Persatuan Man Nam Kong Soh di Jalan Besar Rantau petang tadi.

Katanya, persatuan itu merupakan pihak yang menguruskan perkuburan kaum Tiong Hua di Rantau yang menjalankan upacara sembahyang setahun sekali di tapak perkuburan untuk nenek moyang.

Menurutnya, sambutan mereka sangat luar biasa dan tidak pernah dirasai daripapa mana-mana NGO di Rantau sebelum ini.

Ditanya perkara pokok yang akan menjadi fokus beliau dalam manifesto itu, pakar bius itu berkata, keutamaannya adalah isu tempatan seperti masalah banjir, perumahan, kesihatan dan pengangkutan.

“Kesemua isu pokok ini akan dimasukkan dalam manifesto untuk diedarkan kepada pengundi dan penduduk tempatan nanti,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: