KUALA LUMPUR — Ekoran Program Permata Negara dijenamakan semula menjadi “Genius”, sebahagian warga maya menyindir menteri pendidikan.
Rata-ratanya tidak puas hati dan kesal kerana pertukaran itu disifatkan sebagai “perubahan kosmetik” sahaja, bahkan mereka berasa tindakan tersebut tidak perlu.
Paling sinis, penterjemah Al-Mustaqeem Mahmod Radhi mengubah suai perkataan itu pada buku seni nafkah batin “Permata Yang Hilang” menjadi “Genius Yang Hilang”.
Najib Razak: Genius! Pakar tukar nama geng PH ni.
Pyanhabib Rahman: Dari permata mereka namakan `genius'. Gua yang tidak genius ini terfikir kenapa tidak 'pintar' atau ya,`bestari'?
Eh, cadangan gua ini genius, pintar atau bestari? Ah, bahasa Melayu tidak ada nilai, bangang, serabut, lintang-pukang, tidak pergi 'internasional'.
Syed Husin Ali: Menteri PH asyik tukar nama bukan isi. Kenapa guna nama BI (bahasa Inggeris) Genius pula bukan nama BM (bahasa Melayu) Geliga? Susahlaaah!
Haizan Azmi: Penjenamaan semula Permata = Genius. Tidak cerdik mana. Tolong kreatif lebih sikit.
Wan Mardhi: Benda boleh rebranding, buat apa tukar kerajaan.
Muhammad Najib: Jadi rasanya nama Permata ni tak ada cacat cela yang mewajibkan tukar nama. Sebab itu aku tak berapa faham kenapa Permata nak tukar jadi Genius?
Nazaruddin Mohamad: #PPA1M tukar jadi #PPAM; #Permata tukar jadi #Genius. Memang hebat dan genius kepala otak pemimpin kerajaan PH ni.
Sharul Roul Bashar: Laa, setakat ni saja ka level Menteri #PakatanHarapan? semua benda main rebadge ala2 #KeretaNasional aje gayanya...
Md Share Abd Ghani: Tengok saya bungkus buku gunakan 'goodybag' untuk kiriman melalui pos laju (yang menunjukkan gambar).
#GENIUS tak saya? Kalau masa kecik dulu mak masukkan saya dalam program #PERMATA, mesti sekarang saya dah jadi menteri kecerdikan
Puteri Fdarv: #Genius ini sifat, sebaik- baiknya kekalkan nama Permata kerana agenda adalah sama iaitu mencungkil potensi bakat kanak kanak yang mana hasilnya menjurus kepada Genius.
Isyraffazly: Assalamualaikum YBM Dr Maszlee. Boleh saya tahu kenapa YBM tukar nama Permata kepada Genius? Apa kesannya jika dikekalkan? Apa pulak kepentingan untuk menukar? Mohon respon. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan