Di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin meningkat
akibat penarikan Putrajaya daripada menyertai Statut Rome Mahkamah
Jenayah Antarabangsa (ICC), Menteri Besar Johor Osman Sapian dijangka
bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad esok.
"Menteri besar berkata minggu lalu beliau akan bertemu dengan Mahathir esok," kata seorang sumber.
Hal ini juga disahkan sumber lain yang dekat dengan Putrajaya.
Walau bagaimanapun, sumber tidak mendedahkan butiran terperinci yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Dipercayai
rombakan dalam kerajaan Johor akan dibuat tidak lama lagi tetapi masih
tidak pasti jika perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat berkenaan.
"Saya tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara ini (rombakan). Apa yang saya tahu (setakat ini) hanya melalui orang yang menghantar pesanan ke WhatsApp saya," kata sumber yang enggan dinamakan kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, seorang pemimpin politik tempatan yang juga enggan namanya disiarkan berkata para pemimpin tertentu telah diarahkan untuk tidak membincangkan kemungkinan berlaku rombakan jawatan dalam kerajaan Johor.
Seorang lagi sumber berkata khabar angin tersebur giat beredar dalam lingkungan politik Johor, "malahan setakat ini penduduk setempat juga ikut tertanya-tanya."
Laporan oleh HARIZ MOHD, LU WEI HOONG dan ZIKRI KAMARULZAMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan