HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 April 2019

Najib mahu buka bilik untuk orang ramai mohon maaf kepadanya

Rahimah Abdullah, Astro Awani
Najib mahu buka bilik untuk orang ramai mohon maaf kepadanya
Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui banyak pihak yang tampil meminta maaf dengannya berikutan fitnah yang pernah diterimanya sebelum ini. - Foto Facebook/Najib Razak
 

SEREMBAN: Bekas perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui banyak pihak yang tampil meminta maaf dengannya berikutan fitnah yang pernah diterimanya sebelum ini.

Malah dengan berseloroh, beliau mungkin mahu membuka bilik minta maaf.

"Orang sudah minta maaf dengan saya ramai. Ini cerita benar. Tadi keluar surau, ada orang bisik kat saya. 'Datuk! Saya mintak maaf sebab dulu caci Datuk dan sekarang saya tahu apa yang saya caci itu tidak benar'. Saya maafkan dia.

"Saya cadang nak buat satu bilik untuk mintak maaf kepada saya, boleh (datang). Orang Asli kata boleh bersusun-susun sebab hari ini orang sudah tahu,” katanya semasa Program Santai Bersama Bosku di Bandar Sri Sendayan di Rantau pada Khamis malam.

Pada masa sama beliau mengakui jika sambutan baik yang diterima rakyat terhadapnya sekarang mungkin Barisan Nasional (BN) boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Saya tak tahulah. Tetapi saya rasa  dua tiga hari ini saya lebih popular dari Perdana Menteri. Kalaulah popular macam hari ini tak kalah pilihan raya kita. Dekat mana silap pun kita tidak tahu.

“Kita kena fitnah iaitu satu fitnah dan dua janji palsu. Inilah dua perkara besar. Jangan seinci jadi sedepa. Benda kecil jadi besar. Inilah dia,” tambahnya.

Tiada ulasan: