Rosmah Mansor yang memanjatkan
kesyukurannya berhubung pengesahan bahawa beliau tidak terlibat dalam
pembelian berlian merah jambu dan menyifatkan rakyat lebih suka percaya
dengan fitnah berbanding kebenaran.
Isteri bekas perdana menteri itu
menggesa supaya pihak yang kerap memainkan isu tersebut pada pilihan
raya ke-14 lalu memohon maaf kepada rakyat.
Beliau sendiri, katanya, memaafkan
pihak yang memohon maaf padanya.
"Orang ramai pilih untuk mendengar
kepada penipuan, pada cerita-cerita tidak benar yang memburukkan saya
dan suami saya (Najib Razak).
"Jadi kita hanya perlu laluinya
dan malangnya rakyat menderita kerana semua ini, kerana mereka semua
pilih untuk percaya penipuan, kerana penipuan lagi menarik dan sedap
didengar," katanya kepada pemberita di Mahkamah Kuala Lumpur
hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya
mengenai pengesahan daripada timbalan menteri kewangan bahawa tiada
pembelian berlian merah jambu dibuat oleh seorang isteri VVIP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan