
Ketua Penerangan Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, ia kerana pengumuman yang dibuat menunjukkan kerajaan baharu gagal mengekalkan rekod hibah yang tinggi.

“Kebimbangan kita ialah perkara ini boleh meruntuhkan institusi ini jika ada yang mengambil tindakan mengeluarkan wang mereka,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Ahmad, PH perlu mengemukakan bukti sekiranya benar ada berlakunya penyelewengan oleh kerajaan terdahulu serta perlu bertindak mendakwa mereka yang terbabit.
“Mereka (PH) sudah punya kuasa, jadi gunakan kuasa yang ada untuk mendakwa mereka yang bersalah. Biar rakyat melihat benarkah ada penyelewengan.
“Rakyat hari ini sudah muak dengan kata-kata ini semua salah kerajaan lalu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ahmad turut menyeru agar orang ramai tidak mengambil tindakan mengeluarkan wang daripada TH.
“Kita mestilah terus mempertahankan TH dan tidak perlu untuk mengeluarkan wang yang disimpan kerana TH adalah satu sistem terbaik di dunia, dari sudut khidmat dan baktinya.
“Jadi, sudah tentu ia banyak menabur jasa kepada rakyat,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan