Empat belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini
tampil menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir
Mohamad sebagai tanda terima kasih atas keputusan kerajaan menarik diri
daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Bercakap kepada pemberita, Abdul Rani berkata langkah yang diambil perdana menteri dan kerajaan itu adalah amat tepat demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Walaupun berdepan desakan pelbagai pihak, Dr Mahathir membuat keputusan berani menarik diri daripada menyertai Statut Rom, satu tindakan yang perlu disokong seluruh rakyat, katanya.
Sementara itu, Abu Bakar berharap sokongan yang dizahirkan adalah tulen dan berterusan atas kepentingan negara melebihi kepentingan lain.
Jumaat lepas, Mahathir mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada menyertai statut itu berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, namun menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan statut tersebut membahayakan negara.
--Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan