Eksekutif
Sous Chef, Ahmad Nizam Saidin menunjukkan ‘gear box’ bagi juadah untuk
berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
KUALA LUMPUR – Tidak dinafikan, menu sup kambing gear box merupakan
antara makanan yang cukup popular ketika berbuka puasa secara bufet di
kalangan masyarakat.
Malah ada yang sanggup berbaris panjang untuk mendapat menu tersebut malah berbuka dahulu tanpa menyentuh nasi dan makanan lain.
Bagi mereka yang menggemari sup tersebut, apa kata Ramadan kali ini anda mencuba sajian istimewa itu di Hotel Sri Petaling. Penolong
Pengurus Eksekutif Hotel Sri Petaling, Mohd. Nizamri Md Yusof (tengah)
bersama Eksekutif Sous Chef, Ahmad Nizam Saidin (kanan) bersama nasi
Arab bagi juadah untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala
Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Eksekutif Sous Chefnya, Ahmad Nizam Saidin berkata, pengunjung bakal
melalui pengalaman eksklusif dan menyelerakan dengan hidangan istimewa
sup kambing gear box yang dimasak menggunakan pelbagai rempah-ratus yang
berbeza dan menyegarkan.
Apatah lagi tema bufet Ramadan kali ini hotel bertaraf tiga bintang
itu memilih menu nostalgia atau imbas semula yang diinsiprasi hasil air
tangan bonda.
“Sup kambing gear box antara menu istimewa yang dimasak mengikut cita rasa orang Melayu dengan penggunaan rempah-ratus segar. Siput sedut masak lemak antara juadah untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,
“Sup ini memang menjadi pilihan sepanjang Ramadan kerana rasanya yang
lebih manis dengan kombinasi daging kambing yang lebih lembut,” katanya
yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang kulinari.
Tambahnya, rempah-ratus dan daging kambing itu akan direneh bermula
pukul 2 petang bagi mendapatkan rasa daging lembu yang pekat pada sup.
“Bahan-bahan yang terpilih pula akan dipastikan segar dan berkualiti
baik tanpa menggunakan rempah segera dan tiada bahan yang dikitar
semula,” ujarnya. Nasi Arab antara juadah untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Dalam pada itu, sup kambing gear box ini bakal mewarnai menu
sepanjang Ramadan tahun ini di samping menu-menu kampung lain seperti
laksa, mee, sate, apam balik dan banyak lagi.
Ahmad Nizam berkata, Ramadan tahun ini Hotel Sri Petaling turut
menggabungkan hidangan kampung dan Arab untuk memenuhi cita rasa orang
ramai.
Apa yang menarik kata beliau, pelbagai gerai-gerai sajian makanan
juga disediakan seperti menu kambing bakar, ikan bakar dan makanan laut. Akok antara juadah untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Pada masa sama, sajian cita rasa pembuka selera, pemanis mulut dan
beraneka kuih-muih pastinya membangkitkan selera untuk berbuka puasa
selain pelbagai minuman
“Bagi yang mahukan kelainan suasana ketika berbuka, hotel ini adalah
pilihan sesuai untuk mereka.
Mereka boleh menjamu selera beramai-ramai
di sini bersama keluarga atau rakan-rakan,” katanya.
Sementara itu, bufet Ramadan di Hotel Sri Petaling akan bermula pada 3
Ramadan hingga 27 Ramadan bermula pukul 6 petang hingga 10 malam. Kuih-muih
atau dessert antara makanan selepas berbuka puasa di Hotel Sri
Petaling, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Harga bufet yang ditawarkan adalah RM79 bagi dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak.
Namun pembelian awal akan mendapat harga diskaun iaitu RM50 bagi minggu pertama Ramadan dan RM60 bagi minggu kedua Ramadan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-90582323. – MalaysiaGazette Penolong
Pengurus Eksekutif Hotel Sri Petaling, Mohd. Nizamr Md Yusof (tengah)
bergambar bersama sebahagian pekerjanya di Hotel Sri Petaling, Kuala
Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan