Pengarah Eksekutif Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata walaupun terdapat beberapa perubahan positif di Parlimen, GLC masih menjadi salah satu perkara paling merisaukan yang memerlukan perhatian.
Cythina berkata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali sebelum ini berikrar ahli politik tidak akan diberikan tempat dalam lembaga pengarah GLC dan hanya golongan profesional akan diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat-syarikat itu.
“Kritikan kami berdasarkan penyelidikan yang berasas. Tiada jawatankuasa reformosi, tiada langkah-langkah reformasi berkaitan GLC.
Cynthia berkata kerajaan PH tidak dapat mememuhi janjinya, mengatakan walaupun pemimpin parti tidak dilantik menjadi pengerusi agensi-agensi itu, pemimpin-pemimpin politik dimasukkan ke lembaga pengarah.
Beliau memberi contoh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), agensi pembiayaan mikro kerajaan untuk isi rumah miskin, serta GLC bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, di mana “satu demi satu mengetuai jabatan dan agensi yang berlainan”.
Cynthia berkata mekanisme menangani isu sekitar pelantikan politik dalam GLC tidak lagi diperkatakan, dan tiada usaha sebenar untuk mereformasikan bidang tadbir urus itu.
“Kami ingin menegaskan suatu mekanisme khusus harus diadakan bagi memastikan pelantikan politik boleh dibanteras secara berkesan bagi mencegah rasuah dan salah guna kuasa.
“Pelantikan ke GLC seperti itu harus menerusi penelitian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau jawatankuasa pilihan khas,” katanya.
Satu lagi janji yang belum menyaksikan sebarang reformasi yang nyata adalah pemerolehan, di mana mereka masih menunggu draf rang undang-undang untuk satu undang-undang baru, kata Cynthia.
“Ini sangat penting kerana pelantikan politik masih berlaku. Kita perlukan mekanisme untuk menangani percanggahan kepentingan dan budaya naungan politik.”
“Langkah-langkah punitif yang jelas mesti diambil terhadap pelaku disepanjang rantaian bekalan itu,” katanya.
Cynthia berkata komitmen kerajaan menggubal Akta Pemerolehan tepat pada masa dan dipuji, tetapi rundingan dengan badan-badan sivil mesti diadakan segera bagi mempercepatkan penggubalan undang-undang baru itu.
‘Projek Pantau’
Penyelaras Ideas, Aira Azhari berkata badan pemikir itu, menerusi “Projek Pantau” bertujuan untuk memeberikan penilaian telus terhadap prestasi kerajaan melaksanakan janji-janji manifesto berkaitan ekonomi.
Aira berkata laporan itu mengkaji sejumlah 192 janji kecil, yang dihuraikan daripada 23 janji utama.
Tumpuan diberikan ke atas janji-janji berkaitan ekonomi, merangkumi semua janji bawah Teras 1 (Meringankan Bebanan Kehidupan Rakyat) dan Teras 3 (Merancak Pertumbuhan Ekonomi Yang Adil Dan Saksama), bersama 3 janji daripada Teras 2 (Mereformasi Institusi Pentadbiran Dan Politik), yang dianggap penting dalam agenda ekonomi kerajaan, khususnya janji berkenaan GLC, pemerolehan dan belanjawan.
“Banyak janji-janji kecil belum ditangani atau bermasalah. Kerajaan terus menerus bercakap tentang kerajaan tidak boleh terlibat dalam perniagaan. Kita perlu lihat bagaimana mereka melakukannya.”
“Kami belum nampak sebarang rancangan strategik. Dalam masa sama, PH juga berpatah balik dalam hal pelantikan politik di GLC. Ini sangat membimbangkan,” katanya.
Aira berkata perubahan sebenar memerlukan pendekatan berbeza, mengatakan isu percanggahan kepentingan sangat ketara dan merisaukan.
“Kita perlukan arah yang lebih jelas tentang bagaimana kerajaan bercadang untuk bergerak ke depan,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan