Tidak semua yang teruja dengan debat "kleptokrasi" antara
bekas perdana menteri Najib Razak dan pemimpin veteran DAP Lim Kit
SIang.
"Saya suka untuk mengingatkan mereka pilihan raya telah selesai. Sekarang masa untuk PH yang menang untuk menunaikan janji-janjinya.
"Terdapat banyak tinjauan selepas 9 Mei menunjukkan banyak janji yang masih lagi belum dipenuhi," kata Baljit.
Beliau juga berkata debat tidak akan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang meningkat.
"Adakah debat boleh menyelesaikan masalah? Kos sara hidup yang meningkat dan orang ramai berhadapan (masalah) sama ada kehilangan pekerjaan atau gaji dipotong atau pendapatan tidak berubah.
"Kenapa tidak memperuntukkan lebih masa untuk mencari jalan memperbaiki kehidupan orang ramai, khususnya golongan B40 (golongan berpendapatan rendah sebanyak 40 peratus)?" Soal Baljit.
Debat tersebut besar
kemungkinan berlangsung selepas aidilfitri diadakan susulan kenyataan
Kit Siang bahawa Najib perlu menjelaskan beberapa dakwaan terhadap
dirinya.
Bagaimanapun, Baljit menjelaskan kegiatan debat itu membuang masa berkata rakyat Malaysia terlalu sibuk untuk mencari rezeki dan tidak patut diseret ke dalam "debat tidak masuk akal" di antara ahli politik.
Katanya, Najib perlu memfokuskan terhadap perbicaraan mahkamah kes-kes melibatkan 1MDB dan sebarang usaha untuk membincangkan perkara tersebut boleh menjadi subjudis atau menghina mahkamah.
"Bagaimana rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada debat itu? Selain itu, Kit Siang bukanlah menteri, (jadi) bolehkah apa-apa yang dikatakannya memberi faedah kepada negara?" Soal Baljit lagi.
Menurutnya, rakyat Malaysia sudah letih dengan permainan politik dan menggesa kedua ahli politik itu supaya lebih prihatin terhadap nasib rakyat.
"Sudah tiba masanya kedua-dua BN dan PH untuk bekerja dan mengemukakan rancangan untuk membantu rakyat, ini lebih baik untuk menunjukkan keupayaan anda dan bukan lah membuang masa dengan berdebat," jelas Baljit lagi.
Semalam, Najib
menyatakan persetujuan dengan tajuk debat berkenaan kleptokrasi yang
dicadangkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Beliau menjawab kenyataan Lim terdahulu yang mencadangkan tajuk debat iaitu "Bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti".
Dalam pada itu Najib
mencadangkan debat tersebut diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidil
Fitri dan disiarkan secara langsung di televisyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan