KUALA LUMPUR — Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang merupakan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal menubuhkan sebuah parti politik dalam tempoh terdekat.
Ezam berkata, keputusan dibuat selepas menerima banyak saranan daripada pelbagai pihak agar kembali aktif dalam arena politik.
Ezam setakat ini menyatakan tidak bercadang menyertai mana-mana koalisi, namun menyokong penuh usaha Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawan rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan