Menteri percaya harga minyak pada bulan-bulan mendatang akan pulih
KUALA LUMPUR– Menteri
Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim yakin harga minyak sawit akan bertambah baik
dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Stok minyak sawit di Malaysia, pengeluar kedua
terbesar dunia, turun 6.62 peratus kepada 2.73 juta tan metrik pada April 2019
daripada 2.92 juta tan metrik pada Mac 2019.
“Ketika ini, terdapat lebihan minyak boleh dimakan.
Itulah sebabnya mengapa harga minyak sawit kita juga agak rendah, tetapi saya
percaya pada bulan-bulan akan datang ia akan pulih, saya percaya harga minyak
sawit akan meningkat semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri
program ‘Duta Pelajar Minyak Sawit’, di sini, hari ini.
Minyak boleh dimakan lain seperti minyak kacang
soya dan minyak biji sesawi juga mengalami penurunan harga, katanya apabila
ditanya mengenai prospek harga minyak sawit berikutan stok rendah yang
dilaporkan pada April.
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di
Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
Pada sesi penutup, kontrak bulan semerta Jun 2019
turun RM34 kepada RM1,974 setan metrik, Julai 2019 susut RM39 kepada RM2,002
setan metrik, Ogos 2019 berkurangan RM41 kepada RM2,016 setan metrik dan
September 2019 susut RM43 kepada RM2,031 setan metrik. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan