HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 Mei 2019

Tentera siber DAP terus lancar serangan terhadap Maszlee’

ISMA WEB

Lebih 74,300 tandatangan petisyen gesa menteri pendidikan dipecat


BANGI– Menteri Pendidikan, Maszlee Malik terus berdepan kritikan, susulan beberapa kenyataan beliau yang dipertikaikan banyak pihak, termasuk daripada kumpulan yang dipercayai tentera siber parti gabungan Pakatan Harapan (PH), DAP.

Kenyataan beliau berhubung kuota matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin bagi mendapat pekerjaan, mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk daripada DAP, MCA dan Gerakan. Pengkritik melihat bahawa perkara itu adalah dua isu berbeza.

Khamis lalu, portal berita melaporkan Maszlee sebagai berkata, pihak yang menuntut kelonggaran bagi kuota kaum matrikulasi, perlu membangkitkan isu kelayakan mendapat pekerjaan yang tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu.

“Kalau kita nak ubah (matrikulasi), kalau kita kata Malaysia baru maka tak perlu kuota dan sebagainya, sebegitu juga kita kena pastikan peluang pekerjaan kepada Bumiputera tak dinafikan semata-matanya kerana mereka tak boleh (berbahasa) Mandarin,” katanya.

Kenyataan Maszlee itu mengundang kritikan beberapa pihak, antaranya Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.

Maszlee adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Johor, yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Laporan media sebelum ini, menyatakan beliau adalah antara menteri tidak popular sejak PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Terbaharu, lebih 69,000 individu telah menandatangani petisyen menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan beliau.

Petisyen yang dilancarkan tiga minggu lalu di change.org oleh ‘Stephen Ng’ itu menyifatkan perlantikan Maszlee hanya menjejaskan sokongan rakyat terhadap PH.

Ia menyatakan bahawa populariti Dr Mahathir terjejas kerana kegagalan Maszlee mendengar rungutan rakyat mengenai ‘dasar mengarutnya.’

“Selama 11 bulan yang lalu, ramai rakyat Malaysia telah mengemukakan aduan mengenai Dr Maszlee Malik atas dasar tidak masuk akal seperti kasut hitam dan stokin kaki, ideanya memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di sekolah, menubuhkan stesen minyak di tanah universiti, dan sebagainya.

“Malah, cadangan untuk memperkenalkan sukan renang sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah membimbangkan ibu bapa. Baru-baru ini seorang pelajar sekolah meninggal dunia di Sabah semasa kelas renangnya.

“Maszlee gagal memahami bahawa sekolah tidak mempunyai cukup guru untuk mengawasi anak-anak ketika mereka berada di kolam renang,” kata petisyen itu.

Stephen mendakwa, dia prihatin bahawa kerajaan PH akan kehilangan banyak undian kerana Maszlee.


Tiada ulasan: