Walaupun menganggap gesaan agar menteri yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan supaya meletakkan jawatan secara sukarela sebagai pandangan peribadi A Kadir Jasin, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bersetuju dengan perkara itu.
“Itu pandangan seorang pengamal media, walaupun dia (Kadir) dari Bersatu, tetapi kita serah kepada individu yang dimaksudkan beliau (untuk membuat keputusan), yang saya sendiri tidak tahu siapakah yang dimaksudkannya.
“Tetapi, kalau saya, saya berhentilah,” kata Muhyiddin lagi.
Maka, apa yang harus Kadir lakukan seterusnya?
Untuk mengelakkan rakyat terus tertanya-tanya, malah agar menteri-menteri juga tahu duduk perkara sebenarnya, adalah menjadi tanggungjawab Kadir selanjutnya mendedahkan siapakah anggota kabinet yang beliau maksudkan gagal menunjukkan prestasi memuaskan serta sepatutnya berundur secara sukarela itu.
Mudah-mudahan, selepas didedahkan oleh Kadir, mereka terbuka hati untuk berundur dengan lapang dada.
Mungkin selama ini mereka tidak tahu kelemahan mereka dan kegagalan menunjukkan prestasi yang memuaskan itu.
Harap Kadir tidak bertangguh-tangguh lagi mendedahkan nama-nama menteri yang gagal dan patut berundur itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan