Kerajaan PH komited membantu golongan kurang berkemampuan
supaya mendapat pendidikan tinggi, sama ada melalui matrikulasi atau
program lain, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali malam ini.
"Saya fikir ini isu yang fundamental dan tidak ada pertikaian mengenai perkara tersebut, seluruh jemaah menteri bersetuju pada prinsipnya bagaimana kita boleh membantu golongan B40 yang mendapat keputusan cemerlang untuk memasuki universiti.
"Sama ada melalui matrikulasi ataupun STPM ataupun program-program lain.
"Yang penting mereka perlu dibantu," katanya selepas majlis berbuka puasa di Surau Jabal Nur di Taman Seri Gombak.
Kritikan pada Maszlee
Kemasukan ke program tersebut dibuat berdasarkan kuota 90 peratus untuk bumiputera dan selebihnya untuk bukan bumiputera.
Hal ini mendapat maklum balas luas antaranya daripada bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin yang dipetik laporan media berkata program matrikulasi sudah tidak relevan lagi kerana tujuan asal bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah ditangani.
Bagaimanapun, Daim menjelaskan pembangkang akan menjadikan ia sebagai isu untuk mengkritik PH sekiranya matrikulasi dihapuskan.
Terdapat juga pihak yang mengkritik program tersebut kerana menggalakkan diskriminasi dan boleh menghalang lepasan STPM memasuki universiti awam.
BACA BERKAITAN:
Bagaimanapun,
kenyataan Menteri Pendidkan Dr Maszlee Malik yang mengaitkan aspek
kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi dengan ketidakadilan ke
atas golongan Melayu dalam memohon pekerjaan di sektor swasta tidak
disambut dengan baik oleh sesetengah pihak, termasuk pemimpin DAP.
"Isu asasnya di sini sama ada kami bersetuju atau tidak untuk membantu golongan B40 yang cemerlang dalam pelajarannya. Dan ya, kami setuju,"
"Jadi terdapat satu pendirian bersama yang diambil kepimpinan mengenai isu (matrikulasi) ini," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan