HALAMAN SANTAI
Selasa, 11 Jun 2019
Bekas penyelidik Anwar Ibrahim terlibat masalah disiplin, dadah
KUALA LUMPUR - Seorang penyelidik yang bekerja dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin dan dadah.
Menurut Setiausaha Akhbar Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Abaidah, individu yang merupakan penyelidik sukarela itu didapati cuba untuk memasuki premis tersebut tanpa izin pada bulan Ramadan lalu.
"Saksi di pejabat memaklumkan individu ini mempunyai kecederaan lampau dan bukannya disebabkan insiden seperti yang dituduh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hari ini, sebuah portal berita dalam talian, MalaysiaGazette mendedahkan seorang Pengerusi Perhubungan Negeri PKR kini dalam siasatan polis selepas didakwa membelasah pegawai penyelidik parti itu pada bulan Ramadan lalu.
Difahamkan, pada mulanya mereka berdua dikatakan sekadar bertengkar sahaja namun bertukar menjadi lebih serius dan ganas apabila mangsa dikasari dengan teruk. Mangsa didakwa mengalami keretakan tulang, selain kecederaan lain.
Susulan kejadian itu, mangsa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada 26 Mei lalu dengan melampirkan laporan perubatan dari sebuah hospital swasta.
Dalam pada itu, Tunku Nashrul menjelaskan wakil pejabat Anwar Ibrahim juga sudah membuat laporan polis terhadap individu tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan