KUALA LUMPUR – “Letak jawatan atau bunuh diri bukan cara kita. Saya
tahu ada negara yang apabila sebuah pesawat terhempas, Menteri
Pengangkutannya akan letak jawatan atau terjun bangunan tetapi kita
tidak perlu berbuat demikian (semata-mata) kerana orang lain buat,” kata
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau menjawab kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Medianya, Datuk A. Kadir Jasin mengenai amalan kebanyakan pemimpin di negara-negara luar yang akan meletak jawatan sekiranya terpalit dengan skandal.
Dr. Mahathir yang masih lagi mempertahankan Datuk Seri Azmin
Ali percaya, penyebaran video seks songsang dan pengakuan bekas
Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Haziq Abdullah
Abdul Aziz hanyalah permainan kotor politik yang mahu menjatuhkan
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.
Beliau menjawab kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Medianya, Datuk A. Kadir Jasin mengenai amalan kebanyakan pemimpin di negara-negara luar yang akan meletak jawatan sekiranya terpalit dengan skandal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan