CYBERJAYA: Cyberjaya mengorak
langkah sebagai zon percubaan dron pertama di Malaysia dengan
penganjuran ekspo MyDrone X pertama yang mengumpulkan pakar, pengawal
selia dan pemain industri teknologi dron.
Ekspo anjuran bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan Futurise itu berhasrat untuk menggerakkan usaha mewujudkan ekosistem terbaik bagi memacu industri dron di negara ini.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Futurise, Mahadhir Aziz berkata Malaysia mempunyai potensi besar dalam memanipulasi aplikasi dron dalam pelbagai bidang dengan bandar itu menjadi medan pembangunan industri itu.
“Ia sentiasa berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sini. Kalau dilihat Cyberjaya ini populasinya ada lebih kurang 150,000 orang, terlalu kecil untuk dipanggil Smart City.

“Tetapi jika difikir 150,000 orang itu bekerja menuju inovasi
menggunakan teknologi kemudian membawa keluar dan mengembangkannya ke
tempat lain, kita nampak relevan Cyberjaya hari ini untuk masyarakat di
luarnya,” katanya ketika ditemui pada ekspo tersebut di Persiaran APEC,
di sini, hari ini.
Jelas Mahadhir, Futurise berfungsi sebagai pembawa inovasi kepada pasaran massa dan perlu ada campur tangan regulatori khususnya dalam usaha memperkasa industri dron.
Satu cara sebagai permulaan dalam mewujudkan ekosistem untuk aktiviti dron adalah dengan melihat garis panduan dan regulatori yang telah diamalkan di negara-negara lain untuk dicontohi dan diterapkan mengikut kesesuaian kita.
“Kita sekarang sedang menjalankan program dipanggil National Regulatory Sandbox yang telah dilancarkan pada Februari tahun lepas, dan dron adalah salah satu aspek yang kita akan lihat.
“Jadi kami sedang bekerjasama dengan badan-badan pengawal selia seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Kementerian Pengangkutan sendiri untuk membangunkan satu garis panduan berkenaan dron,” jelasnya.
Tegasnya, ekosistem yang memudahkan aktiviti dron amat penting supaya kita tidak kehilangan syarikat dan pakar tempatan yang memilih untuk mengembangkan perniagaan di negara luar.
Acara ekspo MyDrone X 2019 dimulakan dengan forum yang dibarisi panel-panel hebat iaitu Junwei Yang dari World Economic Forum’s Project Lead of Drones and Tomorrow’s Airspace; Susanne Schodel, Setiausaha Agung FAI; Kamarul Muhammad, CEO Aerodyne Group dan Gopi Ganesalingam, Naib Presiden Program GAIN, MDEC, dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan