HALAMAN SANTAI
Ahad, 23 Jun 2019
Pendedahan Setpol Anwar Hidup Rakyat Tak Berubah
SETPOL DS Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan pengedaran video lucah baru-baru ini, Sdr Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memberi pendedahan berani dalam akhbar The Star hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi PKR Perak menasihatkan DS Azmin Ali agar membuat laporan Polis sendiri dan tidak berlindung disebalik SETPOL beliau. Jangan keluarkan kenyataan yang bercanggah dan cuba mengelak diri.
Dan bila ditanya adakah beliau berpandangan video berkenaan benar atau palsu, jawabnya bila menonton video pertama ianya tidak jelas. Tetapi video yang kedua jelas seperti beliau (Azmin). Saya tak kata ia benar atau palsu tetapi salah seorang yang dalam video itu memang macam beliau (Azmin).
Tambah beliau, jika Azmin lah dalam video itu maka tindalan paling terhormat adalah untuk Azmin meletakkan jawatan.
Makin ribut suasana dalam PKR. Tuding-menuding dan pangkah-memangkah semakin sengit.
Mana pergi reformasi, mana pergi perjuangan rakyat?
Lancang dan terus-terang SETPOL Anwar seakan terus mengkambing hitamkan Azmin sedangkan Azmin sendiri menafikan dan PM Tun Dr Mahathir mengatakan ia video palsu.
Semoga segeralah pihak Polis selesaikan siasatan dan siapa sahaja yang terlibat didakwa dan dibawa ke muka pengadilan.
Sementara itu rakyat terus menderita angkara kos hidup yang menyempitkan dada dan janji-janji PH yang tidak ditepati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan