HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Jun 2019

Pakai baju Melayu berseluar hitam, Salahuddin terima surat dari Istana Johor

DENYUT REFORMASI

 
 
KUALA LUMPUR — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menerima surat daripada Jemaah Majlis Diraja Johor kerana mengenakan baju Melayu cekak musang dan berseluar hitam.

Surat berkaitan peraturan pakaian Johor diterima Datuk Salahuddin Ayub pada Khamis lalu ekoran busananya ketika majlis Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, lapor Malaysiakini.

Kecoh di media sosial pada lebaran 5 Jun lalu apabila Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur fesyen baju Melayu teluk belanga dan berseluar hiram sebagai pakaian tradisi keluarga diraja Johor.

Tunku Ismail di Instagram turut menggunakan kiasan "helang dan pipit terbang tak sama tinggi", dipercayai merujuk jurang darjat antara keturunan raja dan rakyat jelata. 
 
 

Tiada ulasan: