Pengerusi
Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar
Bandar Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi (tengah) diiringi Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Muhamad Said Jonit
(tiga kiri) beramah mesra dengan salah seorang pengunjung sewaktu
meluangkan masa melawat gerai pameran pada Program Reformasi Peladang
Daerah Kluang 2019 di Persiaran Datuk Haji Ismail Hassan, Kluang, Johor.
foto HAZROL ZAINAL,
KLUANG – Kerajaan Johor merancang untuk memperkenalkan semula tanaman
lada hitam sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan kepada para
peladang.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan
Pembangunan Luar Bandar Negeri, Tosrin Jarvanthi akan mengadakan satu
lawatan kerja ke Lembaga Lada Malaysia, Sarawak dalam masa terdekat
untuk melihat teknologi yang digunakan bagi tanaman tersebut.
“Kita sudah ada perancangan untuk mengaktifkan semula tanaman lada hitam ini.
“Ia akan dijadikan sebagai tanaman sampingan di kawasan tanah
rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Felcra serta Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang akan
digerakkan melalui Rancangan Revolusi Hijau,” katanya pada sidang media
selepas merasmikan Program Reformasi Peladang Daerah Kluang 2019 di
Persiaran Dato’ Haji Ismail Hassan di sini kelmarin. Pengerusi
Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar
Bandar Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi (tengah) diiringi Ahli Jemaah
Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Muhamad Said Jonit (dua
kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan bola sepak
jalanan pada Program Reformasi Peladang Daerah Kluang 2019 di Persiaran
Datuk Haji Ismail Hassan, Kluang, Johor. foto HAZROL ZAINAL
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mazlan
Aliman, Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Muhamad
Said Jonit dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri
Johor, Datuk Ali Shikh Ahmad.
Tambah Tosrin lagi, tanaman lada hitam tersebut bukan produk utama
negeri namun hanya sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan kepada
para peladang.
Dalam perkembangan berlainan, Tosrin berkata, bermula pada bulan
hadapan, peneroka tanah rancangan Felda tanam semula akan mula
diperkenalkan dengan tanaman nenas MD2 sebagai tanaman integrasi.
“Penanaman nenas MD2 itu akan dimulakan di Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan