HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Jun 2019

Cucu Hadi, Nik Aziz pun ke sekolah Cina, kata DHPP

MALAYSIAKINI

   

Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) S Barathidasan menegaskan bahawa PAS komited sekolah vernakular dikekalkan selama-lamanya.

Katanya, walaupun parti Islam itu berjuang demi Islam kerana “Islam memimpin perpaduan”, PAS sentiasa bersikap adil dan telus kepada semua rakyat.

“Pendapat berbeza para perwakilan adalah pekara biasa semasa perbahasan. Itu bukan keputusan parti dan ia bukanlah dasar parti.

“Bukan semua cadangan dan perbahasan akan diterima oleh PAS dan Majlis Syura,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam muktamar PAS di muktamar kelmarin, wakil Muslimat Salamiah Md Nor menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sekolah vernakular atas alasan tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

Barathidasan hari ini bagaimanapun berpendapat gesaan itu hanya cadangan sahaja.

“DHPP berpendapat bahawa percangahan pendapat adalah pekara biasa. Ini membuktikan PAS lebih terbuka,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa cucu-cucu Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan allahyarham mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat dihantar belajar di SRJK Cina.

“Jadi pendapat beberapa orang yang negatif tentang sekolah venekular tidak perlu bimbang atau khuatir.

“Sekarang ramai orang Melayu berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke SRJK Cina dan Tamil,” tambah beliau lagi.


Tiada ulasan: