PKR masih belum menerima surat tunjuk sebab daripada Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz berkenaan pengakuannya terlibat dalam klip video seks sebelum ini, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Beliau berkata perkara itu mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik parti itu esok.
“Belum (terima surat tunjuk sebab). Esok kita ada mesyuarat Biro Politik, mungkin kita akan bincang mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur, malam ini.
Mengulas
dakwaan PKR tidak bertindak tegas terhadap Haziq, Fahmi berkata parti
tidak mahu mendahului siasatan pihak berkuasa dan tindakan akan diambil
berdasarkan hasil siasatan itu.
Ia selepas Haziq tampil mengaku sebagai individu yang dirakam dalam video seks yang tular sehari sebelumnya.
Dia turut mendakwa individu yang bersamanya dalam video tersebut ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia percubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan