HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Jun 2019

Azmin boleh saman saya – Haziq

Wartawan MalaysiaGazette
Haziq Abdullah Abdul Aziz. foto IQBAL BASRI, 15 JUN 2019
Haziq Abdullah Abdul Aziz. foto IQBAL BASRI

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika isu klip video seks dan dakwaan hubungan sejenis adalah fitnah.

Haziq yang sebelum ini mengaku sebagai salah seorang lelaki dalam video seks berkenaan, juga mencabar Mohamed Azmin membuat laporan polis terhadapnya.

“Dia mesti melakukannya sendiri. Biarkan semua bukti dan butiran terbuka.

“Saya bukan pembohong. Saya mahu perkara itu dibawa di mahkamah terbuka agar rakyat Malaysia dapat lihat sendiri bukti itu. Rakyat Malaysia akan dapat lihat siapa yang mengatakan kebenaran,” kata Haziq yang merupakan seorang peguam.

Dia berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama The Star.

Haziq berkata, polis telah mengambil keterangan Azmin dan laporan polis pula hanya dibuat oleh setiausaha politiknya, Muhammad Hilman Idham.

Mohamed Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR menafikan terlibat dalam video seks itu dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun, Haziq menegaskan sekali lagi bahawa dia dan Mohamed Azmin dalam klip video berkenaan.

Klip itu yang disebarkan melalui WhatsApp pada 11 Jun lalu menggegarkan Malaysia dan menjadi tajuk utama dalam media tempatan.

Susulan itu Haziq yang merupakan setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin dipecat daripada jawatan itu pada 20 Jun lalu.

Dalam temubual itu, Haziq juga berkata, Mohamed Azmin telah membuat tuduhan salah terhadapnya.

“Malah, saya menjadi mangsa keadaan. Jika saya memfitnahnya, dia mempunyai hak untuk mendakwa saya di mahkamah.

“Pada mulanya saya tidak ada apa-apa untuk menentang Azmin kerana saya fikir kami berdua menjadi mangsa dalam kes itu.

“Saya terkejut apabila Hilman cuba mendiamkan saya dan Azmin menuduh saya diperalatkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

“Saya tidak pernah mengatakan apa-apa yang buruk tentang Azmin. Dia harus membuat laporan polis dan mendakwa saya jika saya memfitnahnya,” jelasnya yang turut menggesa polis menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

Semalam Penyelaras Parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan berkata, Mohamed Azmin tidak perlu membuang masa dan wang untuk melayan semua fitnah dalam isu video seks yang dikaitkan dengannya.

Khairuddin Abu Hassan berkata, adalah lebih berfaedah bagi Mohamed Azmin menumpukan kerja ke arah membina semula negara demi kepentingan rakyat.

“Kalau hendak ikut untuk ambil tindakan undang-undang; hampir setiap hari kita kena lakukannya kerana kalangan ini akan terus melakukan pelbagai fitnah secara berterusan.

“Seandainya setiap hari sepuluh fitnah daripada kalangan yang tidak bertanggungjawab terhadap kita; apakah hari-hari kita hendak ambil 10 tindakan undang-undang ke atas mereka?” soal Khairuddin. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: