HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Jun 2019

Kerajaan perkenal elaun bulanan RM5,000 untuk sasterawan negara

MALAYSIAKINI

   
Kerajaan memperkenalkan elaun RM5,000 sebulan untuk penerima anugerah Sasterawan Negara.

Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan tambahan RM35,000 kepada Kementerian Pendidikan untuk bayaran itu mulai bulan depan hingga Disember ini.

“Bayaran bulanan RM5,000 akan diteruskan untuk tahun-tahun yang seterusnya,” kata Kementerian Kewangan.

Tujuh Sasterawan Negara yang masih hidup yang akan menerima elaun itu ialah A Samad Said, Muhammad Salleh, Noordin Hassan, Anwar Ridhwan, Ahmad Kamal Abdullah, Baha Zain dan Zurinah Hassan.
 
 

Tiada ulasan: