Oleh : Siti Fatimah Ishak
Bagaimana UMNO nak pulangkan dana 1MDB jika kerajaan beku akaun
BANGI– Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan
menempelak kenyataan Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir apabila meminta memulangkan
semula dana 1MDB yang diagihkan kepada parti Melayu itu sebelum ini.
“Permintaan Akmal bukan sahaja tidak berasas tetapi
jelas menunjukkan tidak peka dengan keadaan semasa. Sekalipun dana diterima
UMNO itu dibuktikan kelak sememangnya datang dari 1MDB, bagaimana untuk UMNO
pulangkan, sedangkan dana UMNO sudah dibeku oleh kerajaan?
“Sebagai seorang Ahli Parlimen, bercakap tanpa
sebarang pengetahuan asas undang-undang dan fakta terkini adalah sangat
mengecewakan.
“Sekalipun ingin muncul relevan dan berpemikiran,
saya harap Akmal boleh memberikan cadangan yang kalaupun tidak bernas,
sekurang-kurangnya biarlah rasional dan praktikal,” bidas Mohamad Hasan.
Datuk Seri Mohamad Hasan
Terdahulu, Akmal mencabar Mohamad yang dilantik
memangku tugas presiden menyerahkan semula dana 1MDB, kononnya sbagi tidak
mengikut bayangan Datuk Seri Najib Razak.
Ia susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) berkenaan 41 senarai nama penerima wang 1MDB, yang menyatakan
transaksi paling tinggi membabitkan parti UMNO iaitu sebanyak RM212 juta dan ia
turut melibatkan satu akaun bekas Perdana Menteri.
Mengakui pemfailan oleh SPRM untuk pengembalian
dana yang kononnya dari 1MDB itu adalah satu proses undang-undang, Mohamad yang
juga dikenali sebagai Tok Mat yakin UMNO akan memberikan komitmen terbaik untuk
menghormati proses tersebut, tanpa sebarang campur tangan.
“Jangan salah faham, saya bukan dalam proses untuk
bersaing dengan sesiapa pun. UMNO tidak bermain geng-geng dalaman.
“Fokus saya sekarang adalah untuk memulihkan UMNO
dan mengukuhkannya secara keseluruhan. Ini bukan perlumbaan seperti mana
pergeseran Azmin vs Anwar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan