Yang
di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sambil
diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kiri) pada Istiadat
Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Yang Keempat Belas 2019 turut
hadir Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Parlimen,
Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan Hari Pertabalan Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong XVI pada 30 Julai 2019 sebagai cuti umum
seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara, Dr.Ismail Bakar berkata, pengisytiharan hari
kelepasan am tamabahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari
Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Manakala, katanya, bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan
diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang di
negeri masing-masing.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan