HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Jun 2019

PH Kelantan gesa ROS bertindak pada Umno


   

PH Kelantan melalui sayap pemudanya menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan tegas terhadap Umno.

Timbalan Pemuda PH Kelantan, Hazmi Hassan berkata, gesaan itu dibuat susulan dakwaan SPRM bahawa parti itu menerima wang secara haram daripada 1MDB.

"Mengikut pendedahan yang dilakukan SPRM, sejumlah RM 212 juta dana telah dipindahkan daripada syarikat tersebut kepada Umno.

"Ini adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan kerana wang 1MDB sepatutnya digunakan untuk pembangunan ekonomi negara bukan disalurkan demi kepentingan parti dan kegunaan Umno," katanya.

Terdahulu beliau membuat laporan kepada ROS di Kota Bharu.

Laporan tersebut diserahkan kepada Pengarah ROS Kelantan, Dalila Diyana Mat Zaid.

Selain Umno pusat, beberapa Umno negeri dan bahagian turut berdepan saman lutut hak oleh SPRM untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 pihak.

Sementara itu, tindakan tegas perlu diambil supaya menjadi pengajaran untuk semua pihak di masa depan.

"Maka, adalah penting tindakan dikenakan kepada Umno sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa penerimaan wang seperti ini adalah haram dan salah di sisi undang-undang.

"Menjunjung tinggi prinsip ketelusan dan integriti dalam amalan berpolitik, Pemuda PH sekali lagi memohon pihak ROS mengambil tindakan yang tegas ke atas Umno atas amalan korup dan tidak bermoral ini," katanya.


Tiada ulasan: