HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Jun 2019

Ditahan leka layan pelanggan

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
 
 
 

SEBELAS pelayan pelanggan (GRO) warga asing terkedu apabila menerima ‘kunjungan’ pihak berkuasa yang menyerbu pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam serbuan kira-kira 9 malam itu, semua GRO warga Vietnam itu sedang leka melayan pelanggan yang berhibur di premis hiburan berkenaan.

Serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur susulan maklumat dan risikan dilakukan.

Pegawai Turus D7 Deputi Superintenden Rohazah Alwi berkata, turut ditahan seorang lelaki dipercayai pengurus premis hiburan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati premis hiburan terbabit beroperasi tanpa lesen yang sah dan menyediakan GRO warga asing bagi menarik pelanggan.

“Serbuan turut merampas pelbagai peralatan audio, dua keping resit perniagaan dan wan tunai RM300,” katanya.

Rohazah berkata, pihaknya turut memeriksa 15 pelanggan termasuk seorang wanita.

“Pemeriksaan ke atas pelanggan mendapati semua mereka tidak kehendaki.

“Wanita warga asing berusia 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk proses dokumentasi,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akata yang sama, Peraturan 39(b) akta yang sama dan Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992.

Tiada ulasan: