KUANTAN – Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas mahu mana-mana individu
yang menuduh PAS menerima wang hasil daripada 1MDB segera meminta maaf
secara terbuka sekiranya mereka anak jantan.
Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, tiada satu pun nama pimpinan
atau individu dari parti itu berada dalam 41 senarai nama penerima wang
1MDB yang didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya semalam.
“Alhamdulillah, sebab SPRM baru telah memberitahu benda yang sama
seperti yang sebelum ini, bahawasanya PAS tidak menerima sebarang dana
daripada 1MDB.
“Jadi mana-mana individu termasuk menteri-menteri sekarang yang
sebelum ini memfitnah Pas, kita desak mereka meminta maaf secara terbuka
kepada,” katanya seperti dipetk HarakahDaily.
Khairil Nizam berkata, terpulanglah kepada mereka untuk meinta maaf secara terbuka melalui kenyataan atau rakaman.
“Kalau anda ‘gentleman’ silakan. Kalau menghormati rakyat, silakan.
Sebab inilah perkara yang selalu dimomokkan kepada PAS, sebelum PRU 14,
hingga menyebabkan rata-rata rakyat agak terpedaya kepada dakwaaan dan
fitnah tersebut,” katanya kepada media Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65
di Stadium Tertutup Sukan Pahang. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan