HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Jun 2019

Warga Indonesia direman kes ceroboh kubur, rosakkan nisan


   

Seorang tukang rumah warga Indonesia direman empat hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan di tempat perkuburan dan merosakkan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang, Jumaat lepas.

Tempoh reman sehingga Khamis ini terhadap suspek berumur 46 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Syarina Shaarani @ Tan di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di Melaka hari ini.

Penahanan reman itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan siasatan awal, kira-kira 30 kubur melibatkan kubur baru dan lama dirosakkan termasuk dipecah-dipecahkan dan batu nisan dicabut serta dipatahkan selain dua kubur telah dibakar.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan perintah reman tersebut.- Bernama


Tiada ulasan: