HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Jun 2019

Lebih baik jadi ‘walaun’ daripada ‘malaun’

NOOR SARA MASHITOH

KUANTAN: Adalah lebih baik menjadi ‘walaun’ daripada bergelar ‘malaun’ yang membuat onar dalam jemaah kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
 
Beliau berkata, penerapan atas semangat wala’ dan taat berlaku dalam PAS kerana parti itu mengutamakan aspek tarbiah.
 
“Mereka tidak buat onar disebabkan perjalanan tarbiah yang mantap seperti digariskan Lajnah Tarbiah Pusat yang kini menjadi peringkat dasar pengurusan parti.
 
“Disebabkan kefahaman yang jelas aspek tarbiah membolehkan ahli PAS sering dilihat sebagai ahli yang mempunyai tahap ketaatan dan wala’ tinggi kepada setiap arahan dikeluarkan pimpinan,” katanya ketika menggulung ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang bertema ‘Islam Memimpin Perpaduan’ di Stadium Tertutup SUKPA Kuantan, di sini hari ini.
 
Kata beliau juga politik Islam yang PAS amalkan adalah sebagai bekalan untuk dibawa mati bukan sekadar untuk hidup di dunia.
 
Menurutnya juga sekiranya kepimpinan PAS memikirkan kehidupan dunia lebih baik kita bersama dengan Umno ketika mereka menang sebelum ini, tetapi sekarang mereka juga kita diraikan semasa mereka kalah.

“Insya-Allah kepimpinan PAS tidak akan mengkhianati amanah dan mandat yang diberikan oleh seluruh ahli PAS,” ujarnya. HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan: