HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Jun 2019

Dr M yakin penurunan taraf tak jejaskan Petronas


 

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad percaya penurunan penarafan kredit terhadap Petronas oleh Moody's Investor Service tidak akan menjejaskan prestasi syarikat minyak negara itu.

"Dari segi apa yang kita lihat Petronas sedang buat, saya yakin downgrading (penurunan) ini tidak akan menjejaskan progress (kemajuan) Petronas," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Minyak dan Gas Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri berkata Moody's mungkin membuat penilaian salah dengan menurunkan penarafan penerbit domestik Petronas dan mata wang asing senior tidak bercagar kepada A2 (stabil) daripada A1 (negatif).

"Tak semestinya Moody's is right (Tak semestinya Moody's betul).

"Kadang-kadang orang-orang ini buat assessment (penilaian) tak betul jadi kita tak boleh nak tegur mereka sebab mereka bebas," katanya.

Ditanya sama ada beliau mengambil berat terhadap agensi penarafan lain yang mungkin juga menilai Malaysia kepada tinjauan yang lebih negatif, Mahathir berkata agensi lain bebas untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia mungkin tidak semestinya menerima pandangan penarafan daripada agensi-agensi ini.

Dalam satu kenyataan Jumaat lalu, Moody's berkata ia menurunkan penarafan Petronas daripada A1 (negatif) kepada A2 (stabil).

Agensi penarafan itu berkata metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh tetapi penarafan yang lebih rendah disebabkan oleh metodologi rentas sektor yang disemak semula.

Ini bukan kali pertama Mahathir mencabar penilaian daripada firma penarafan antarabangsa.

Dua bulan lalu, beliau mempersoalkan keputusan agensi-agensi ini menurunkan penarafan selepas kerajaan memutuskan untuk memperuntukkan RM6 bilion bagi menyelamatkan Felda dan Tabung Haji yang bermasalah.


Tiada ulasan: