Lantaran itu, Exco Armada Nasional, Muzammil Ismail mahu polemik peralihan kuasa dihentikan kerana pembangkang sedang “menonton drama ini sambil makan bertih jagung’.
“Rakyat letih dengan senario politik. Letih dengan skandal seks, ahli politik berbahas siapa PM seterusnya, yang sebenarnya toksik kepada masa depan kerajaan.
“Drama siapa yang akan lebih berkuasa ini lebih banyak disiarkan berbanding berita agenda rakyat, apa yang sedang dicapai dan telah tercapai. Dalam erti kata lain, persepsi terhadap PH jatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Jelasnya, kerajaan hari ini masih muda dan perlu diperkukuhkan dalam menjadi sebuah kesatuan parti yang kuat dan mendapat kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu yang mendominasi populasi negara.
Polisi yang sedang dilaksana hanya memberi impak kepada isu-isu kecil, walhal isu besar masih belum sepenuhnya ditangani.
“Warga Felda masih merungut panjang. Isu PTPTN, tol dan kos sara hidup masih kabur di mata rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, kegagalan memupuk kematangan politik dalam kalangan pemimpin PH hari ini hanya mempercepatkan proses perpecahan blok pakatan dan seterusnya meranapkan apa yang dibina sebelum ini. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan