HALAMAN SANTAI

Ahad, 16 Jun 2019

SELAIN SIASATAN POLIS, AZMIN DAN HAZIQ JUGA PERLU DIPERIKSA DOKTOR PAKAR

Azmin Ali

Nampaknya masih wujud ketidaktentuan serta kekaburan berhubung watak sebenar lelaki yang dirakam dalam video seks sejenis yang tersebar luas, baru-baru ini.
Walaupun Haziq Abdullah Abdul Aziz (kini sudah ditahan polis) secara terbuka sudah mengakui beliaulah lelaki itu dan pasangannya adalah Azmin Ali, tetapi apabila Tun Mahathir Mohamad menyatakan video tersebut adalah palsu, terlihat tidak kurang yang bersetuju dengan Perdana Menteri.

“Saya fak percaya video itu tulen. Sekarang kita boleh buat banyak perkara dengan video dan gambar sekiranya kita pandai.

“Mungkin satu hari nanti kamu akan lihat gambar saya macam itu.

“Takkan bodoh macam tu nak percaya,” kata Tun Mahathir yang jelas mempertahankan Azmin.

Namun demikian, selain mengakui beliaulah lelaki yang seranjang dengan Azmin itu, Haziq juga mendedahkan hubungan intimnya dengan menteri itu telah pun bermula sejak tiga tahun lalu.

“ Pertama kali hubungan kami berlaku di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu.

“Kami sekali lagi melakukannya di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasan Azmin selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan,” katanya.

Berhubung semua dakwaan itu, Azmin hanya menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dalam video seks tersebut, sambil mengatakan ia sebagai percubaan menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.

Azmin juga mengatakan beliau hanya mengenali Haziq dari jauh saja.

Tetapi, sehingga ini belum ada penafian daripada Azmin berkenaan hubungan seks antara mereka berdua sebagaimana yang didakwa Haziq pernah berlaku di Grand Continental dan Pullman Kuching, Grand Hyatt KL dan Fourpoint Sandakan pada 11 Mei lalu.

Dalam hal ini, Azmin tidak boleh sekadar membuat penafian kosong saja terhadap semua dakwaan Haziq itu, tetapi sebaiknya mestilah disertakan dengan bukti-bukti alibinya sekali.

Hanya dengan disertakan bukti-bukti alibi atau bukti kukuh yang lain, barulah penafian Azmin terlibat ada wibawa.

Dalam konteks video yang sudah menjadi perbualan ramai itu, berbanding mencari siapa penyebarnya, menentukan ketulenan video serta mengesahkan siapa pelakunya adalah jauh lebih mustahak sebenarnya.

Ini kerana salah seorang watak yang didakwa dalam video itu ialah seorang menteri kabinet kerajaan.

Maka itu, pihak polis perlulah segera menghantar video tersebut ke makmal di luar negara bagi menentukan ketulenannya.

Kata-katanya Tun Mahathir yang meragui ketulenan video itu tentulah tidak boleh dipakai kerana beliau bukan pakar dalam bidang video, sebaliknya hanyalah doktor dan ahli politik yang kadang-kadang cenderung membuat pendirian memihak kepada seseorang yang disukainya.

Selain ketulenan video itu perlu disahkan keasliannya, polis juga harus mengambil keterangan Azmin dan Haziq untuk menentukan kebenaran fakta berkaitan hubungan intim mereka.

Selain itu, satu lagi aspek yang tidak kurang pentingnya ialah Azmin dan Haziq juga perlu dibawa kepada pemeriksaan doktor pakar untuk menentukan sama ada mereka benar-benar pernah terlibat dalam aktiviti seks songsang atau sebaliknya.

Melalui pemeriksaan doktor pakar juga, sementara Haziq mengakui beliau adalah salah seorang lelaki dalam video tersebut, turut dapat ditentukan ialah siapa yang menjadi lelaki dan siapa pula yang menjadi perempuan dalam hubungan tersebut.

Setidak-tidaknya, semua maklumat sahih itu, walaupun mungkin tiada erti apa-apa bagi kita, tetapi tentu amat penting buat pengetahuan Tun Mahathir.

Tiada ulasan: