Keputusan kerajaan Perak untuk membelanjakan RM1.74 juta
bagi perolehan 16 kereta Toyota Camry baru dibuat berdasarkan jangkaan
kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan keselamatan yang lebih baik
kepada ahli exco kerajaan negeri (exco).
"Penggantian kenderaan rasmi dilakukan berdasarkan pengurusan keselamatan dan fiskal, seperti pengurangan kos penyelenggaraan.
"Saya fikir ia merupakan keputusan pengurusan yang sangat logik dan sangat mudah.
"[...] Tiada pelanggaran undang-undang dan tidak ada dasar yang tidak dipatuhi," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Lee berkata kereta lama yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu tidak lagi di bawah jaminan, selalu dihantar untuk dibaiki dan kos penyelenggaraan menjadi mahal.
Kerajaan negeri BN sebelum ini membeli kereta Proton Perdana untuk exco pada tahun 2014.
Terdahulu, China Press melaporkan kerajaan negeri telah membelanjakan RM109,000 bagi setiap model Toyota Camry - kira-kira RM90,000 kurang daripada harga runcit biasa.
"Kami membelinya secara besar-besaran dan terdapat diskaun untuk kerajaan," katanya.
Sementara itu, Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A Sivanesan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau telah menerima kereta barunya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfiltri.
Seperti Lee, Sivanesan yang juga Adun Sungkai berkata pertukaran kenderaan diperlukan kerana ia membolehkan kerajaan negeri memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik.
"Kereta lama tidak berada dalam keadaan baik, selalu sangat rosak.
"Kos
pembaikan itu satu perkara tetapi (masalahnya) temu janji kami terpaksa
ditangguhkan dan kadangkala kami terpaksa sampai lambat kerana kereta
buat hal," katanya ketika dihubungi hari ini.
"Kosnya ditambah sedikit, tidak banyak, tetapi berbaloi untuk (jumlah) perjalanan yang kami lakukan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan