Mufti
Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
PUTRAJAYA–
Tuduhan liwat atas seseorang adalah satu kesalahan qazaf jika tidak dibuktikan
dengan empat orang saksi atau pengakuan ikrar orang yang dituduh, kata Mufti
Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dalam Islam, katanya, kaedah yang
digunakan ialah bukti perlu dikemukakan oleh orang yang mendakwa atau menuduh,
manakala orang yang dituduh boleh bersumpah terhadap kebenaran tuduhan
tersebut.
“Mengikut kaedah itu, orang yang
menuduh perlu mengemukakan bukti empat orang saksi yang melihat
sejelas-jelasnya perbuatan tersebut.
“Dalam kes rakaman video hanya
penolong kepada bukti iaitu bukti mestilah empat orang saksi yang melihat
perbuatan tersebut yang mereka hendaklah seorang yang adil, tidak buta dan
tidak fasik,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Aidilfitri di
pejabatnya di sini hari ini.
Zulkifli mengulas mengenai aduan
qazaf yang difailkan Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Muhamad
Hilman Idham di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung
penyebaran video yang dikaitkan dengan Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin juga telah menafikan
sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam video
seks.
Qazaf adalah satu kesalahan jenayah
syariah yang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang melakukan zina tanpa
mengemukakan empat orang saksi. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan