
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua menambah, dakwaan bahawa kerajaan menambah hutang dengan pengambilalihan itu juga adalah tidak benar.
Sebaliknya, kata beliau, kos mengambilalih sebanyak RM6.2 bilion itu akan dibiayai sepenuhnya melalui pengumpulan caj kesesakan yang dicadangkan di lebuhraya tersebut.
Sekali lagi ditekankan – ia dibiayai melalui pengumpulan caj kesesakan dan bukan dengan menggunakan wang kerajaan atau dengan cara menambah hutang.
Apa itu caj kesesakan?
Melalui konsep baru selepas pengambilalihan empat lebuhraya itu, bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada akan dikenakan pada waktu puncak selama enam jam hari.
Enam jam sehari itu meliputi tiga jam pada sebelah pagi di waktu orangramai keluar bekerja dan tiga jam lagi pada sebelah petang ketika balik daripada bekerja.
Tol percuma pula hanya akan diberikan pada waktu “off-peak” iaitu antara jam 11 malam hingga 5 pagi.
Pada waktu selebihnya, pengguna akan diberikan diskaun 30 peratus daripada kadar sedia ada.
Bermakna, pengumpulan caj kesesakan yang diperolehi untuk membiayai pengambilalihan tol tersebut ialah daripada poket rakyat yang keluar pagi dan balik petang untuk bekerja dan mencari rezeki.
Tol percuma antara 11 malam hingga 5 pagi adalah waktu kebanyakan rakyat biasa sedang berehat bersama keluarga atau sudah pun tidur.
Kebanyakan yang keluar selepas 11 malam dan balik sebelum 5 pagi adalah kaki berhibur di kelab-kelab malam saja.
Dalam erti kata lain, memang benar kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun wang, tetapi penyedutan daripada poket rakyat yang bekerja akan terus berpanjangan.
Ini kerana, sebahagian lebuhraya yang diambil alih itu bakal tamat tempoh konsesi dalam waktu terdekat ini dan selepas itu akan menjadi milik kerajaan secara percuma.
Lebuhraya Kesas akan tamat tempoh konsesi pada 2023, LDP pada 2030, Terowong Smart pada 2042 dan Sprint mempunyai beberapa komponen yang tamat antara 2031 hingga 2042.
Berbanding kutipan tol melalui konsesi sedia ada yang dimiliki oleh Gamuda yang ada tarikh tamat tempohnya, sebaliknya apabila diambilalih oleh kerajaan dan dikenakan caj kesesakan, ia tidak pernah disebut ada tempoh untuk perlaksanaannya.
Boleh jadi, caj kesesakan itu akan dilaksanakan sepanjang hayat selagi ada bulan dan bintang.
Makanya, jika dalam kempen PRU14 lalu kita dijanjikan tol percuma sebagai sebahagian cara mengurangkan kos sara hidup rakyat, kini selain perkara itu tidak dilaksanakan, malah dikenakan pula caj kesesakan yang berpanjangan.
Rakyat yang bekerja dan keluar pagi serta balik petang, secara nyata akan terus membayar tol untuk selama-lamanya.
Siapa sebenaarnya yang tertipu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan