MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Isnin, 22 Julai 2019
RAM Ratings jangka inflasi meningkat kepada 1.6% pada Jun
BernamaMenurut
RAM Ratings, setakat ini tekanan inflasi lebih rendah daripada yang
dijangka, terutama daripada komponen makanan serta pengenalan semula SST
September lepas.
KUALA LUMPUR: RAM Ratings menjangkakan kadar inflasi akan meningkat
kepada 1.6% secara menyeluruh pada Jun, didorong oleh kesan asas yang
rendah berikutan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun
lepas.
Dalam kenyataannya hari ini, ia berkata, kadar inflasi merosot kepada
0.8% pada Jun 2018 selepas pemansuhan GST, daripada 1.8% pada bulan
sebelumnya.
“Peningkatan inflasi Jun dijangka disebabkan oleh pelbagai faktor secara menyeluruh.
“RAM juga menyemak turun unjuran inflasi untuk 2019 sebanyak
1% daripada 1.6% sebelumnya,” kata ketua penyelidikannya Kristina Fong.
Beliau berkata, setakat ini tekanan inflasi lebih rendah daripada
yang dijangkakan, terutama daripada komponen makanan serta pengenalan
semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada September lepas.
Ia berkata, subsidi bahan api bersasar yang masih belum dilaksanakan,
yang akan menaikkan harga bahan api pengguna ke paras pasaran pada suku
kedua 2019, merupakan satu lagi faktor penyumbang utama kepada semakan
semula itu.
“Analisis sensitiviti kami menunjukkan bahawa untuk setiap kelewatan
sebulan dalam pelaksanaan skim berkenaan, inflasi utama akan mengubah
0.05 mata peratusan daripada kes asas kami,” katanya.
“Sekiranya harga siling semasa dikekalkan apabila subsidi bersasar
berkuat kuasa, inflasi utama akan turun pada 0.8% tahun ini,” kata Fong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan