HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Julai 2019

Jangan sibuk hal peralihan kuasa, ahli Parlimen PKR beritahu Azmin

Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Azmin Ali dan ‘orang luar’ 
lain bukan sebahagian daripada perancangan pra-pilihan raya
 untuk Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir Mohamad 
sebagai perdana menteri.
 
PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen PKR yang berang dengan kenyataan Azmin Ali menggesa Dr Mahathir Mohamad dibenarkan untuk berkhidmat sehingga akhir penggal 5 tahun sebagai perdana menteri, berkata ia terpulgn kepada Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu peralihan kuasa antara 2 pemimpin itu.

Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Azmin dan “orang luar” lain bukan sebahagian daripada perancangan pra-pilihan raya untuk presiden PKR itu menggantikan Mahathir.

“Jadi, mereka perlu diam dan Azmin perlu fokus pada kerjanya, fokus pada ekonomi,” katanya kepada FMT mengulas kenyataan Azmin hari ini.

“Jangan sibuk mengenai peralihan kuasa atau perkara orang lain.”

Azmin yang juga timbalan presiden PKR hari ini menyokong gesaan PAS dan Umno untuk Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga mandat 5 tahun Pakatan Harapan berakhir.

Katanya, Mahathir masih diperlukan untuk memimpin negara kerana beliau boleh menjamin “kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan” dasar kerajaan bagi menarik pelabur serta mencipta peluang pekerjaan.

Kenyataan itu menyusul ketegangan Anwar dan Azmin berhubung video seks sejenis yang menyasarkan menteri hal ehwal ekonomi terbabit.

Sejak itu, Azmin tidak menghadiri mesyuarat pimpinan PKR dengan spekulasi beliau akan meninggalkan parti itu.

Tiada ulasan: