HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Julai 2019

Haziq, setiausaha Anwar dijangka bebas dari reman hari ini

MALAYSIAKINI

   
Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, dijangka akan dibebaskan daripada tahanan polis selepas reman yang dikenakan ke atasnya berakhir hari ini.

Turut akan dibebaskan ialah bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang membuat pengakuan bahawa dirinya berasmara dengan lelaki didakwanya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Berdasarkan perintah kebenaran reman yang diberikan mahkamah sebelum ini, Farhash dan Haziq - bersama seorang lagi individu lain - tamat hari ini.

Haziq ditahan pada 14 Julai lalu manakala Farhash ditahan dua hari kemudian.

Bagaimanapun reman ke atas seorang lagi individu - yang ditangkap di Shah Alam - masih berbaki sehari.

Mereka ditangkap bagi membantu siasatan polis berhubung kemunculan klip video seks sejenis yang menarik perhatian ramai.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR menafikan beliau terlibat dalam aksi tersebut dan mendakwa ia adalah rancangan pihak tertentu yang mahu membunuh kerjaya politiknya.

Tiada ulasan: