HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Julai 2019

Kertas siasatan TNB sedang dilengkapkan - Menteri

Faliq Lajim
 
 

KERTAS siasatan berkaitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didapati melakukan beberapa kesalahan dan ketidakpatuhan menyediakan perkhidmatan utiliti kepada pengguna sedang dilengkapkan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, kertas siasatan itu juga sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

“Mereka juga sudah memberi sedikit maklum balas dan kita sedang perbetulkan kertas siasatan itu bagi mengukuhkan lagi dakwaan itu.

“Kita mahu selesaikan secepat mungkin, namun kita kena ikut undang-undang. Selepas saja selesai kita akan umumkan,” katanya di majlis pelancaran Cabaran Bandaraya Rendah Karbon 2030 di Bangi, hari ini.

Ketika ditanya berapa jumlah penalti yang akan dikenakan terhadap TNB, beliau memaklumkan ia masih dalam rundingan bersama AGC.

“Sekarang kita sedang dapatkan maklum balas daripada Peguam Negara. Kita nak tinggi tapi perlu lihat dulu macamana supaya pengguna dapat yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan TNB akan dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) selepas didapati melakukan beberapa kesalahan dan ketidakpatuhan menyediakan perkhidmatan utiliti kepada pengguna.

Bee Yin sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati TNB melakukan kesalahan kerana tidak menepati prestasi perkhidmatan piawai ditetapkan kementerian dalam menyediakan perkhidmatan elektrik, baru-baru ini.

Berita berkaitan:
  • TNB bakal kena penalti [METROTV]

  • Tiada ulasan: